SIRI KAMUS DR HAMID - PENULISAN CEMERLANG!

3 BOOKS IN A SET
Sorry, we are out of stock
RM32.70
DETAILS

SIRI KAMUS DR HAMID - PENULISAN CEMERLANG!
(KATA GANDA, SINONIM DAN ANTONIM, PENJODOH BILANGAN DAN SIMPULAN BAHASA)

- Sesuai untuk pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
- Meningkatkan penguasaan tatabahasa.

Kamus Kata Ganda (Dr Hamid)
Saiz: 140 mm X 215 mm
Muka surat: 191 ms
Kamus Kata Ganda diterbitkan khusus untuk membantu para pelajar meningkatkan dan memperluas kemahiran berbahasa mereka. Entri buku ini dibahagikan mengikut empat jenis kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak, kata ganda berimbuhan dan kata ganda separa. Setiap entri disertakan dengan huraian makna dan ayat contoh yang tepat. Buku ini memuatkan kata ganda yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menepati keperluan kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia serta dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Buku ini seharusnya menjadi teman rujukan para guru, pelajar dan semua pencinta bahasa Melayu.

Kamus Sinonim dan Antonim (Dr Hamid)
Saiz: 140 mm X 215 mm
Muka surat: 208 ms
Kamus Sinonim dan Antonim diterbitkan khusus untuk membantu para pelajar meningkatkan dan memperluas kemahiran berbahasa mereka. Penguasaan sinonim dan antonim pastinya akan meningkatkan keterampilan penulisan dan komunikasi lisan para pelajar. Keupayaan menguasai aspek sinonim dan antonim akan menyerlahkan sifat berbudi bahasa yang tinggi dalam pengucapan dan penulisan berbahasa Melayu. Buku ini memuatkan sinonim dan antonim yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menepati keperluan kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia serta dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Kamus Penjodoh Bilangan dan Simpulan Bahasa (Dr Hamid)
Saiz: 140 mm X 215 mm
Muka surat: 214 ms
Kamus Penjodoh Bilangan dan Simpulan Bahasa diterbitkan khusus untuk membantu para pelajar meningkatkan dan memperluas kemahiran berbahasa mereka. Penguasaan penjodoh bilangan dan simpulan bahasa pastinya akan meningkatkan keterampilan penulisan dan komunikasi lisan para pelajar. Buku ini memuatkan penjodoh bilangan dan simpulan bahasa yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menepati keperluan kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia serta dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

RETAIL / SELLING PRICE: RM 32.70

PHOTOS
back to top ⤴